Menu
Mahatma_Gandhi Sejarah awalBeliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand Uttamchand Gandhi , merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.
Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.
Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.
Menu
Mahatma_Gandhi Sejarah awalBerkaitan
Mahat Mahathir Mohamad Mahatma Gandhi Mahathir: The Journey Mahatao Mahat Gaun Mahat Bakar Mahates Mahalini Raharja MahadevaRujukan
WikiPedia: Mahatma_Gandhi http://articles.latimes.com/2000/may/26/local/me-3... http://chilaw-and-gandhi.tripod.com http://www.mahatma.org.in http://flag.blackened.net/af/org/issue46/myth.html http://www.gandhi-manibhavan.org/ http://www.gandhifoundation.org/ http://www.gandhiserve.org http://www.gandhiservefoundation.org http://www.mkgandhi.org http://www.nobel.se/peace/articles/gandhi/index.ht...